Login Kali Pertama
Login e-Borang
Muat Turun Borang C & R
Tukar Kata Laluan
Terlupa Kata Laluan
Semakan Pengesahan
Semakan Sijil Digital
Tukar Petunjuk Kata Laluan
Borang Soal Selidik
   BPPC 2007
Login Kali Pertama
Login
e-Bayaran melalui FPX
Demo
Panduan Pengguna e-Filing
e-Filing FAQ     
e-Bayaran FAQ

e-Filing LHDN
Mudah,Tepat,Selamat

Aplilkasi E-Filing LHDNM adalah kaedah penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan elektronik melalui Internet yang disediakan secara PERCUMA. Aplikasi ini telah diperkenalkan di dalam Tahun 2003 untuk pembayar cukai Korporat dan seterusnya kepada pembayar cukai individu di dalam tahun 2004.

Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dihantar melalui aplikasi e-Filing akan dilindungi oleh teknologi PKI (Public Key Infrastructure) yang mempunyai sepasang kekunci rahsia yang sukar untuk dicerobohi atau dipecahkan.

Pengguna e-Filing boleh log-in dan menggunakan aplikasi ini dari mana saja setiap hari. Kemudahan ini akan membantu pembayar cukai mengisi, mengira dan menghantar Borang Nyata dengan Mudah, Tepat dan Selamat. Pemprosesan bayaran balik adalah lebih cepat sekiranya Borang Nyata di hantar secara e-Filing. Sebarang pertanyaan semasa menggunakan aplikasi e-Filing boleh dikemukakan melalui telefon ke talian bebas toll :1-300-88-3010.

Keperluan Asas yang perlu ada untuk menggunakan aplikasi e-Filing LHDNM adalah:
• Nombor Rujukan Cukai Pendapatan
• NOMBOR PIN
• Pentium III dan ke atas
• Komputer dan talian Internet
• Microsoft Windows 2000 (Service Pack terkini),
• Microsoft Windows XP (Service Pack terkini)
• Perisian Internet Explorer 5.0 dan ke atas

Mulai Tahun Taksiran 2006 , No PIN diberikan bersama Borang Nyata Cukai Pendapatan B / BE.

Sekiranya Borang Nyata Cukai Pendapatan B/BE 2006 masih tidak diterima selepas 15.3.2006, sila hubungi cawangan LHDNM yang berdekatan untuk menyemak dan mendapatkan Nombor PIN atau hubungi kami di talian bebas tol 1-300-88-3010 untuk bantuan.

Pembayar cukai baru (yang layak dikenakan cukai pendapatan) perlu mendaftar nombor rujukan cukai pendapatan untuk memperolehi NOMBOR PIN. Pedaftaran rujukan Cukai Pendapatan boleh dibuat di cawangan LHDNM yang berdekatan. NOMBOR PIN akan dikeluarkan selepas Fail Cukai Pendapatan didaftar.


 
 
Hakcipta Terpelihara 2007 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Paling sesuai dengan paparan resolusi 1024 x 768